Sunday, March 7, 2010

ANTARA PILU NABI S.A.W







Alhamdulillah, Allah telah menguji aku dengan sedikit sakit dan demam yang panjang dalam bulan Rabiul Awal tahun ini. Aku melalui hari- hari yang sukar - berminggu-minggu.Perut meragam dan berdenyut dengan rasa sakit dan panas memijar. Selera makan dan minum seakan-akan lari dan meliar ,menjauh diri dari ku. Menjadi tak ada arah nak rasa dan rasa tak ada arah. Pucat dan lesi, serah dan kurus, bagai pohon stan di musim luruh. Rabb ! luruhlah dosa-dosa ku dengan cubaan ini sebagaimana yang ku lihat luruhnya daun-daun tua kuning pada pohon stan di hadapan rumah ku.
...............................................................................@@@@@@@@@@....................................
Beransur sihat, terima kasih Rabb, Sakit dan sembuh adalah urusan Kau, Tuhan Ar Rahman, Ar-Rahim, Al Muhyi , Al Mumit. Masih dalam bulan Rabiul Awal,bulan Nabi dilahirkan. Menatap buku yang diberi oleh anak-Putera Lembah Bakkah. Terserap rasa pilu, pilunya Nabi ketika itu.......saat-saat menjadi piatu , di tengah perjalanan di saujana padang pasir yang panas membahang, kosong dan gersang,

{..........................Tetapi sakit Aminah tidak juga berkurangan. Banyak kali Ummu Aiman menahan sebak melihat kesetiaan anak majikannya. Tidak pernah meninggalkan ibunya yang terbaring kelesuan. Mengusap-ngusap tangan ibu, mengajak ibu berbicara . Membelai-belai manja wajah ibu, meminta ibu melukiskan senyumannya. Apabila ibu terlena, ditatap sepuas-puasnya wajah ibu. Seolah-olah mahu merakamkan setiap inci raut wajah ibu . Apabila ibu terjaga, dia merenung jauh ke dalam mata ibu yang semakin layu. mencari anak mata yang semakin pudar sinarnya . dan semakin hari semakin jarang pula terbuka. Oh ! pilunya hati melihat ibu begini ! Tuhan....bagaimanakah kesudahan nasib ibu? kembalikanlah kesihatannya. Aku mahu pulang bersama ibu, mahu berbual-bual dengan ibu dan bergurau mesra seperti selalu. Oh !Tuhan......


"Muhammad......" Aminah membuka suara, pada suatu hari yang teduh. Sambil cuba juga membuka senyumannya. tetapi sebentar saja.

"Ya, ibu, Muhammad di sini."

Aminah cuba lagi untuk memberikan senyuman. gayanya seperti ada sesuatu yang hendak diberitahu, tetapi tidak terucap. Mengah dengan nafas yang terputus-putus. Akhirnya sekadar memanjangkan sedikit senyum pudarnya sebelum memejamkan mata dengan lambat sekali. tangannya yang menggenggam beransur-ansur merenggang.

"Ibu....."

Tiada jawapan. Tangan ibu tidak lagi menggenggam . Hanya hangatnya masih terasa . Ummu Aiman tidak dapat menahan sebak.

Akhirnya dia tunduk saja mendengar anak kecil di hadapannya yang berkali-kali memanggil ibu. Masih juga tidak berdaya melakukan apa-apa melihat anak kecil itu memeluk kemas ibunya yang terbujur kaku.

"Ibuuuuuu!!!"
"Ibuuuuuuuuu!!!!!!"








"Semoga Tuhan menyemerbakkan dan mewangikan pusara Baginda, dengan wangi-wangian aneka puspa, berupa doa restu serta selawat kepadanya."

1 comment:

Anonymous said...

Salam Ajilah

Cantik blog ni.
Buku tu saya tak tahu harga lagi. Perasmiannya pada 27hb Mac ni baru tahu.
sila beri alamat e mail kalau ada. akan saya beritahu nanti.

-azizi