Monday, October 25, 2010

ENSAIKLOPEDIA AKHLAK MUHAMMAD






i.Ensiklopedia Akhlak Muhammad SAW




Pertama terbaca iklan di majalah sabili :


"Ditunggu-tunggu jutaan umat Islam Indonesia. Habis terjual 2 juta eksemplar (1) di Timur Tengah.


Ensiklopedia Akhlak Muhammad SAW. Penulis Mahmud al-Mishri(Ukuran 20.5 x 27.5 1400 hal) Best Seller Rp 450,000.


"Tuntutan akhlak terlengkap dan tepat untuk referensi bagi siapa saja yang benar-benar ingin menerapkan sunnah-sunnah Rasulullah saw. dari hal-hal yang paling sepele sampai dengan hal-hal besar dalam hidup ini. Semua akhlaqul karimah dan perilaku mulia beliau saw terajut pada ensiklopedia ini dalam bentuk kisah-kisah inspiratif yang enak disimak dan renyah (2) untuk ditelaah."

catatan:(1) helai,sebuah buku (2) keras tetapi senang untuk dihancurkan


Dalam Majalah SOLUSI pula mengiklankan:


RM290.00, 964 muka surat

" Akhlak mulia Muhammad, dan bukannya pedang , yang menyebabkan umat Islam berjaya dan mampu menyingkirkan segala penghalang......."



Awal Oktober 2010 saya membeli buku tersebut dengan RM229.00.


Salah satu perenggan di ms 65, suatu analogi indah tentang ikhlas."Jadilah engkau seperti biji dalam pohon yang tertanam jauh di inti bumi dan tidak dapat dilihat oleh mata manusia . Namun biji tersebutlah yang menjadi sumber dan pijakan bagi pohon yang menanggung kehidupan pohon tersebut.
Atau jadilah engkau seperti fondasi bangunan yang tanpanya, dinding rumah tidak akan dapat berdiri dan rumah tidak akan dapat ditempati. Namun sekali lagi, tidak ada satu pun orang yang melihat engkau melakukannya."

Akhlak mulia umpama bunga yang cantik. Manusia akan tenteram hatinya kepada orang yang berakhlak mulia. Nilaian Allah terhadap hambaNya juga pada penanda aras (bench mark) akhlak mulia. Syurga yang teramat indah adalah disediakan untuk manusia yang berpekerti mulia.

Jangan lupa , kedatangan baginda SAW ke dunia ini adalah di atas misi menyempurnakan akhlak yang mulia kepada sekelian manusia

ii.Menikmati detik-detik indah kehidupan .

minum kopi sambil menikmati kehidupan dan mensyukuri nikmat Nya.

Caranya:

1. Melihat warna kopi/teh 2. Menghidu bau aromanya. 3. Menyentuh cawan dengan bibir dan merasai panas suamnya. 4. Hirup perlahan-lahan , apabila air melalui tekak , kita akan merasai kesegaran dan kenikmatannya.

Hidup penuh kesedaran dapat menghayati setiap saat dan kita akan mendapati bahawa hidup itu indah. Alhamdulillah. Mensyukuri dan kepuasan menggapai sementara nikmatNYA ditarik.


Baru-baru ini sempat menziarahi sahabat yang terlantar sakit. Dua bulan sudah dia tak dapat makan dan minum. Makanan dan minum teh kegemarannya telah sirna. Nasi berlauk pagi , teh tariknya telah ditarik dari dinikmatinya. Kerongkongnya sudah terhenti dari membenarkan makanan dan minuman melaluinya. Perut dan seleranya telah tertahan begitu lama. Kulit sahaja yang masih membalut tulang-temulang di tubuh. Kering dan garing. Astaghfirullah. Suaranya amat lemah untuk menuturkan kalimat-kalimat. Dengan hati yang masih berdegup dapat lagi berzikir secara sirr. Alhamdulillah. Sebulan sesudah itu sahabat kembali ke kampung asal. Semoga rohnya aman dan tenteram di sana. Amin. (selamat menunaikan fardhu haji)

Wednesday, August 25, 2010

LAILATUL QADAR


Diriwayatkan: Adalah pada malam Lailatul Qadar itu turun malaikat dan mereka itulah yang diam pada Sidratul Muntaha dan Jibril a.s dan sertanya empat panji-panji maka didirikan satu panji-panji di atas kubur Nabi SAW dan satu panji-panji didirikan di atas Baitul Maqdis dan satu paji-panji didirikan di atas Masjidil Haram dan ada setengah riwayat di atas Baitullah dan satu panji-panji didirikan di atas Bukit Tursina dan tiada ditinggal ia akan satu rumah yang ada padanya mukmin laki-laki atau perempuan melainkan masuk ia akan dia dan memberi salam atasnya. Berkata ia "Hai mukmin laki-laki atau perempuan bahawasanya Tuhan yang bernama SALAM memberi salam akan kamu melainkan orang yang mengekali meminum arak dan memutuskan rahim dan orang yang memakan daging babi "
( dan daripada Anas) Nabi bersabda -apabila adalah pada malam Lailatul Qadar turun Jibril dalam perhimpunan daripada malaikat melawat mereka itu dan memberi salam mereka itu atas tiap-tiap orang yang berdiri dan yang duduk yang menyebut akan Allah Ta'ala.


dari kitab Al Jauhar mauhub

Wednesday, August 11, 2010

HEMBUSAN MUTHIRAH


Senja ini (29 Syaaban), bayu Ramadhan berhembus lembut dan angin wangi Muthirah menggesermerdukan antara dedaun syurga.

Ibn abbas r.a berkata, beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda.


"Sesungguhnya syurga diwangikan dan dihias dari tahun ke tahun untuk menyambut kedatangan ramadhan, angin muthirah berhembus dari bawah Arasy , lalu bergeseranlah daun-daunan dari pohon-pohon syurga dengan gagang pintu syurga , maka kedengaran bunyian merdu yang belum pernah didengari sebelum ini.


Kemudian muncullah para bidadari sehingga mereka berhenti di anjung syurga. Mereka kemudiannya menyeru , "Adakah sesiapa yang ingin meminang kami agar Allah mengahwinkannya dengan kami?"


"Wahai Ridhwan penjaga syurga ! Malam apakah ini?"
Berkata Ridhwan.
"Labbaik!, Malam ini adalah malam pertama daripada bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu syurga untuk umat Muhammad...."

Sunday, August 1, 2010

AH DI CAKNA RAKYAT PAS




Sedia...... awas.......

v i o s



Khamis:29/7/2010.

vios!vios!vios!

DBR 58.
SETELAH MENJADI RELITI
BERLARI DI LAMAN PERIBADI

Wednesday, June 23, 2010

V I O S


antara ILUSI dan REALITI
VIOS: jangan terBIUS atau terBIAS
VIOS: kau di'lahirkan' ketika kami sudah berumur,
DBR58.

Monday, June 21, 2010

SELAMAT HARI BAPA




Masa dulu-dulu:ketika itu.


Seorang AYAH menyembunyikan segala jerih payah,


Seorang BAPA tidak khuatir menjadi papa,
(kasih ayah)

(memelihara dan mendidik anak-anaknya)


Kemudian setelah belasan dan puluhan tahun berlalu..


Anak-anak : semakin ayu dan subur,


Bapa : semakin layu dan kendur,


Si anak-anak:semakin rancak di tengah gelanggang kehidupan,


Si bapa: semakin perlahan di pinggir usia.




(taburlah bakti sementara tidurnya abadi)






SELAMAT HARI BAPA


SELAMAT HARI AYAH


SELAMAT HARI ABAH


SELAMAT HARI CHE'






Sunday, May 9, 2010

EYJAFJALLOKULL


Kali pertama bumi ini diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang dan bergoncang dan tidak berputar dengan stabil dan kadang-kadang lari dari paksinya. Hal ini menjadikan malaikat merasa runsing. Lalu para malaikat mengadap Allah SWT.


Berkata malaikat "Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapakah bumi ini bergoyang?"

Jawab Allah "Kerana belum dipaku"


"Lalu bagaimana Engkau memaku bumi ini .Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.


"Aku akan menciptakan gunung-gunung." Jawab Allah.


Setelah itu, Allah SWT terus menciptakan gunung-gunung di berbagai -bagai tempat di bumi ini. Apa yang terjadi sememangnya benar. Setelah diciptakan gunung-gunung, bumi pun diam dan kemudian berputar di atas paksinya. Maka gunung pun dikenali sebagai paku atau pasak bumi yang diciptakan Allah SWT.


Kemudian malaikat bertanya lagi. "Ya Allah, adakah yang lebih kuat daripada paku?'.


"Ada! Jawab Allah, ia itu api, dengan kepanasannya dapat melelehkan besi."


"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat lagi


"Ada ! Ia itu air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.


"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat lagi selain air?" Sambung malaikat.


"Ada! Ia itu angin, kerananya dia dapat membawa air ke mana pun ia menghembus." Jawab Allah lagi.


"Tapi Ya Rabb, adakah lagi yang lebih kuat dari semua itu? (gunung,api, air, angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Ia itu nafas hamba Ku yang berdoa kepada Ku. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdir Ku" . Demikian Allah SWT menjelaskan. (hadis kudsi) RENUNGILAH! fenomena alam akhir-akhir ini..


Thursday, April 8, 2010

Monday, March 8, 2010

PAK NGAH SOH

Wajah tua ini sememangnya amat tua. Tanda ketuaannya jelas pada bintik-bintik hitam yang timbul semakin membesar. Beliau melalui zaman yang panjang dengan pengalaman -pengalaman yang berwarna-warni. Semasa kami kecil -seingat kami,beliau telah tua pun ketika itu. Bila kami meningkat remaja, selalu menceritakan pengalamannya yang indah dan pahit, merentasi masa-masa hidupnya. Umurnya sekitar 120 tahun. Beliaulah sebagai juara kurniaan Ilahi mencapai puncak tahap umur itu . uniknya, lebih 120 tahun beliau tak pernah masuk wad mana-mana hospital...



Pagi ini setelah cukup 3 malam bacaan Yasin dialunkan oleh jemaah qariah, sesudah Subuh pagi Isnin beliau pun berangkat ke kampung abadi. Semoga amalan-amalan baiknya menjadi teman di perkampungan sana.

Sunday, March 7, 2010

ANTARA PILU NABI S.A.W







Alhamdulillah, Allah telah menguji aku dengan sedikit sakit dan demam yang panjang dalam bulan Rabiul Awal tahun ini. Aku melalui hari- hari yang sukar - berminggu-minggu.Perut meragam dan berdenyut dengan rasa sakit dan panas memijar. Selera makan dan minum seakan-akan lari dan meliar ,menjauh diri dari ku. Menjadi tak ada arah nak rasa dan rasa tak ada arah. Pucat dan lesi, serah dan kurus, bagai pohon stan di musim luruh. Rabb ! luruhlah dosa-dosa ku dengan cubaan ini sebagaimana yang ku lihat luruhnya daun-daun tua kuning pada pohon stan di hadapan rumah ku.
...............................................................................@@@@@@@@@@....................................
Beransur sihat, terima kasih Rabb, Sakit dan sembuh adalah urusan Kau, Tuhan Ar Rahman, Ar-Rahim, Al Muhyi , Al Mumit. Masih dalam bulan Rabiul Awal,bulan Nabi dilahirkan. Menatap buku yang diberi oleh anak-Putera Lembah Bakkah. Terserap rasa pilu, pilunya Nabi ketika itu.......saat-saat menjadi piatu , di tengah perjalanan di saujana padang pasir yang panas membahang, kosong dan gersang,

{..........................Tetapi sakit Aminah tidak juga berkurangan. Banyak kali Ummu Aiman menahan sebak melihat kesetiaan anak majikannya. Tidak pernah meninggalkan ibunya yang terbaring kelesuan. Mengusap-ngusap tangan ibu, mengajak ibu berbicara . Membelai-belai manja wajah ibu, meminta ibu melukiskan senyumannya. Apabila ibu terlena, ditatap sepuas-puasnya wajah ibu. Seolah-olah mahu merakamkan setiap inci raut wajah ibu . Apabila ibu terjaga, dia merenung jauh ke dalam mata ibu yang semakin layu. mencari anak mata yang semakin pudar sinarnya . dan semakin hari semakin jarang pula terbuka. Oh ! pilunya hati melihat ibu begini ! Tuhan....bagaimanakah kesudahan nasib ibu? kembalikanlah kesihatannya. Aku mahu pulang bersama ibu, mahu berbual-bual dengan ibu dan bergurau mesra seperti selalu. Oh !Tuhan......


"Muhammad......" Aminah membuka suara, pada suatu hari yang teduh. Sambil cuba juga membuka senyumannya. tetapi sebentar saja.

"Ya, ibu, Muhammad di sini."

Aminah cuba lagi untuk memberikan senyuman. gayanya seperti ada sesuatu yang hendak diberitahu, tetapi tidak terucap. Mengah dengan nafas yang terputus-putus. Akhirnya sekadar memanjangkan sedikit senyum pudarnya sebelum memejamkan mata dengan lambat sekali. tangannya yang menggenggam beransur-ansur merenggang.

"Ibu....."

Tiada jawapan. Tangan ibu tidak lagi menggenggam . Hanya hangatnya masih terasa . Ummu Aiman tidak dapat menahan sebak.

Akhirnya dia tunduk saja mendengar anak kecil di hadapannya yang berkali-kali memanggil ibu. Masih juga tidak berdaya melakukan apa-apa melihat anak kecil itu memeluk kemas ibunya yang terbujur kaku.

"Ibuuuuuu!!!"
"Ibuuuuuuuuu!!!!!!"








"Semoga Tuhan menyemerbakkan dan mewangikan pusara Baginda, dengan wangi-wangian aneka puspa, berupa doa restu serta selawat kepadanya."

Monday, February 8, 2010

POHON STAN DAN KEHIDUPAN



Di kampung kami banyak terdapat pohon-pohon stan. Di sekitar rumah ku terdapat beberapa pohon stan yang telah berumur lebih separuh abad, lebih tua dari kami.

Pohon stan ini menjadi objek ku dalam pemerhatian perjalanan kehidupan dan fenomena alam. Bagiku pohon stan ini antara makhluk yang unik ciptaan Allah . Setiap tahun, dia menjalani kitaran kehidupannya yang tersendiri.

Pada awal tahun , biasanya dalam bulan Januari atau Februari-merupakan musim meluruh. Ketika ini kemarau menerjah alam. Panas dan rimas. Daun yang lebat beransur-ansur berubah warna tua-kekuningan dan mula merenggeh, melayah turun meninggalkan ranting dan dahan kediamannya. Bagaikan jemputan malaikat maut , melayah menuju tanah, kering dan garing. Namun masih menjadi baja kehidupan diri dan rakan sekitar.

Di saat-saat begini, yang tinggal adalah ranting-ranting, dahan dan batang tanpa daun, kurus dan kelihatan 'serah' tubuhnya lantaran tidak cukup makanan dan minuman yang dapat memberi tenaga . Bagai menanti sebuah kematian, sepi dan sunyi, sesekali kelihatan gelisah dan cemas. Yang tinggal adalah denyutan nadi akar dan saluran-saluran pembuluh yang masih dapat mengalirkan sedikit air musim rontok walaupun tidak selancar biasa. Sedutan monoksida dan hembusan oksijan terhenti seketika. Seakan luruhlah sebahagian dari dosa-dosa yang terkumpul atas kesabarannya menempuh saat-saat yang payah. Pada saat-saat genting ini apa yang dapat dilakukan adalah kesabaran dan doa dan tasbih, dan zikir dan tahmid kepada pencipta semoga dikembalikan kesegaran dan kesihatan.

Sesekali kesepian dan kesakitannya terhibur bila burung-burung pagi meriuh rendahkan suasana sambil bertenggek di dahan dan ranting yang renggeh itu. Pancaran lembut matahari waktu Dhuha , hembusan semilir pagi dan seruan sahabat sekitar dari pucuk-pucuk yang menghijau itu dapat meniupkan semangat kesegarannya.


......dan setiap malam dia tidak putus-putus memanjat doa dan bermunajat kepada Pencipta nya agar diberi kekuatan untuk mengharungi cabaran alam. dari ribut, dari matahari dan dari hujan.


Tuesday, January 26, 2010

SAY NO TO BA'







Adik AH dah memasuki usia 05 ++ dan abah serta ummi Ah pun dah berusia 50++,maka mulai ari ni adik dah tak nak isap ba' lagi. Ba' ada tokcid,jadi ketagih.Alhamdulillah adik berjaya meninggalkan ketagih Ba'. Ok lah . Terasa damai dan selesa.
terima kasih Ba' selama ini.

Tuesday, January 19, 2010

mencari makna kehidupan


matahari sakit petang Jumaat 15 jan 2010








usaha kreatif

Mencari makna hidup

Suatu hari masuk SJR terjumpa buku Mencari Makna Hidup karangan Parlindungan Marpaung-pengarang buku "Separuh Berisi Separuh Kosong". terus beli 2 buah ,untuk peribadi dan untuk anak yang sedari kecil kami asuh agar rajin membaca.Dalam prakata,aku teruja dengan........(petikan -dgn.izin)


"Kita mungkin mendapat sedikit pengajaran dari kisah seekor rusa. Semasa anak rusa dilahirkan, ia terus jatuh ke tanah dan ditiup udara yang dingin.,tanah yang kasar serta angin yang kencang. Semua keadaan ini tidak pernah dialaminya selama berada dalam kandungan si ibunya. Namun si anak tetap berharap si ibu ?Tetapi apakah yang berlaku? si ibu menendang anaknya hingga si anak jatuh berguling-guling.


Si anak rusa hairan bukan kepalang. Belum rasa hairannya hilang, ia ditendang lagi oleh si ibu hingga jatuh, tetapi ia berusaha bangkit dan berjalan. tiba-tiba ibunya berlari lalu mengejarnya dan menendangnya lagi. Si anak segera tahu sekiranya ia berusaha bangkit , ibunya segera menendangnya. Maka sebelum ibunya menghampirinya, si anak berusaha melarikan diri. Mungkin pendidikan si ibu rusa terasa sedikit kasar. tetapi apakah hikmah yang dapat diambil?" "carilah.......

Monday, January 18, 2010

Renungan akhir dan awal tahun

Hari terus bertambah dan usia semakin berkurang dan menipis menuju ke garis usia,sudah berapa banyak kita lalui tahun-tahun baru ,dan telah berapa lama mengikut hitungan kadar masa yang telah berlalu. Namun apakah kedewasaan menjadi milik kita? Berapa ramai manusia yang menginjak usia tua,tapi tanpa kematangan-kematangan berfikir dan kematangan dalam bertindak. Dan kita juga dapati manusia yang masih belum mencapai kedewasaan usia namun menampilkan kematangan cemerlang.
Berapa banyak sudah ilmu yang kita pelajari dan dari sekian banyak ilmu itu berapa peratus yang telah dapat meningkatkan kualiti kehidupan kita? fikir-fikirlah. Menjadi tua tidak semestinya menjadi dewasa.