Wajah tua ini sememangnya amat tua. Tanda ketuaannya jelas pada bintik-bintik hitam yang timbul semakin membesar. Beliau melalui zaman yang panjang dengan pengalaman -pengalaman yang berwarna-warni. Semasa kami kecil -seingat kami,beliau telah tua pun ketika itu. Bila kami meningkat remaja, selalu menceritakan pengalamannya yang indah dan pahit, merentasi masa-masa hidupnya. Umurnya sekitar 120 tahun. Beliaulah sebagai juara kurniaan Ilahi mencapai puncak tahap umur itu . uniknya, lebih 120 tahun beliau tak pernah masuk wad mana-mana hospital...
Pagi ini setelah cukup 3 malam bacaan Yasin dialunkan oleh jemaah qariah, sesudah Subuh pagi Isnin beliau pun berangkat ke kampung abadi. Semoga amalan-amalan baiknya menjadi teman di perkampungan sana.
1 comment:
haji LAH,
itu bukan tua tapi pikun. pikun umur tak apa, kendur kulit tak apa tapi kalau pikun isme dan nyanyuk hahhh, tentu geli
-azizi abfullah
Post a Comment